Selamat datang ke laman blog G.U.R.U. Blog ini adalah hasil usaha aleff bin ab. ghani...Blog ini masih dalam pembinaan...Semoga kita mendapat manfaat bersama...Insya Allah.
Author: aleff
•10:28 AM

Kepada suami2 yg nk tambah cawangan, eloklah buat surat rasmi hntr kat isteri tua...tak tau nk tulis surat...ha, cmni ni...biar aku ajarkan. surat ni aku blajar dr pak cik aku...dia dh kawin 4 skrg..gune surat nie je pun...

Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 Ogos 2043

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Bakal Isteri binti Cik Bakal Pak Mentua yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.



3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.

BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•11:25 PM

Talqin 13 Mei : Nukilan aleff ab. ghani (13 Mei 2009, 12:12am)

Jika putaran masa dan takdir bisa dipanggil menghadapku,
Akan kulenyapkan tinta hitam yang mencemar bangsaku,
Akan kuhilangkan sedu tangis bangsaku,
Akan kukuburkan petualang bangsa ke pusara,
Akan kuhidupkan bara perjuangan nenek moyang...



Lipatan sejarah yang suram itu masih segar bermain di mimpiku,
Melenyapkan bunga-bunga indah sisa kehidupan dek malu yang tidak bernoktah,
Kepala bangsaku dipijak lumat...Mulut bangsaku disumbat...Kaki dan tangan bangsaku diikat,
Hingga bangsaku tunduk melayu menyembah bangsa yang berkarat...

Ah...bangsaku tidak gentar, bangsaku tidak longgar, bangsaku tidak sekali-kali meloyar...
Cuma bangsaku ini santun budinya...murah hatinya...simpati hatinya...lapang dadanya...,
Bangsaku tidak sanggup menyembelih pertiwi sebagai korban yang tidak berkat...,
Rela bangsaku dibisukan mulutnya, digari tangannya, dilokap tubuhnya, dijerut tengkuknya...
Namun untuk menggadai watan pantang maut sebelum ajal...

Ayuh bangunlah bangsaku, bangkitlah membawa obor suci..,
Obor yang diarak dengan bara perjuangan yang abadi..,
Perjuangan yang belum selesai sentiasa menanti..,
Menanti pejuang yang rela meredah api demi pertiwi...

Bangsaku bukannya mudah lupa akan arang yang pernah menconteng..,
Bangsaku kuat, bangsaku liat, bangsaku bersiaga untuk menyiat..,
Menyiat petualang yang merobek daulat suci bangsaku..,
Meratah rakus pengkhianat yang mencemar keramat bangsaku..,

13 Mei akan tetap bersejarah..,
13 Mei akan tetap berdarah...

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•1:11 PM


Manusia Melayu terkaya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Mei 2009 sempena ulang tahun ke-63 UMNO...aku yang ditakdirkan berdarah Melayu amat takjub dengan pencapaian beliau...lebih2 lagi beliau menikmati kekayaan dengan pedoman Ilahi...keperibadian dan akhlak yg tinggi terpancar menerusi gaya tutur serta sinar wajahnya..susah payah yang ditanggung semasa kecil nyata telah dibayar dengan limpahan harta yang berbilion ringgit...oleh itu, aku nak ajak korang semua hayati prinsip hidup untuk kite jadikan pedoman bersma2...jom tengok...


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.


2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.


3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.


4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.


6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.


7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.


8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.


9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.


10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.


13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.


14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !


16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.


18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.


19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.


21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.


22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).


23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.


24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.


25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


(sabahan.net)

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•12:20 PM

Dalam sebuah pertunjukan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar" jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•7:53 PM



Gambar2 aku bersama kwn2 sekelas aku time kami g mulu, sarawak ujung thun lpas...sminggu kami kat sane...mmg best giler! Gambar ni aku dedicate utk kwn2 sklas aku sbb thun nie last year kat mktab mizan...next year dh posting...

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•12:17 PM


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.



Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•4:32 PM


Dalam kita semakin jauh meniti jambatan kehidupan ini, eloklah kita menoleh seketika asal kehidupan kita...Aku ingin mengajak kalian memerhati sebuah anugerah yang tidak ternilai iaitu seorang IBU...


Amat beruntung jika sesiapa yang masih berpeluang menatap wajah ibunya sehingga hari ini. Amat bertuah jika sesiapa yang masih diberikan kesempatan melihat riak wajah seorang IBU. IBU yang sanggup bertarung nyawa melahirkan kita hanya seorang dan tidak akan dapat diganti...Sementara IBU masih bernafas, belailah dengan curahan kasih sayang...Tapi sedarkah kita bahawa kita sukar melafazkan perkataan sayang, rindu dan cinta kepada IBU. Kita berat untuk menuturkannnya...kadangkala kita tidak terfikir pun untuk melafazkannya...Seringkali manusia sifatnya begitu, sementara benda berada di depan mata tidak dihargai, apabila hilang barulah dicari-cari...Lafaz yang sering dipendam itu sebaliknya dicurahkan kepada orang lain...kita lebih mudah menuturkan cinta,sayang,rindu kepada orang lain dan bukan kepada IBU...Oleh itu, aku ingin menasihati diriku sendiri dan kepada yang membaca luahanku ini, IBU mungkin sedang menanti lafaz sulung cinta kita kepada IBU...jadi mulakannya sekarang...hanya dengan tiga perkataan AKU SAYANG IBU...mana tahu hanya dengan 3 perkataan ini, ALLAH melimpahkan keredhaanNYa kepada kita...Redha ALLAH terletak pada redha IBUBAPA...

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•12:27 PM

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.


Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi! tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Chat/Instant Messenger
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik nak chat dan IM je, lepaih tu nengok e-mail..... macam sekarang nih..sah-sah tengah baca tips nie.......macamana nak jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja. hahaha....

(sumber:www.familiazam.com)

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•11:15 PM

Bangga Menjadi Guru
Jika kita masih ingat ketika di sekolah rendah dahulu, tatkala guru bertanya cita-cita kita. Dengan pantas kita akan menjawab doktor, peguam, jurutera...

amat jarang cita-cita menjadi guru meniti di bibir kita...
aku sendiri tidak terlintas di fikiran untuk bercita-cita menjadi guru. Kini masa berlalu, takdir telah menetapkan aku bakal menjadi guru. Setelah diamati perkataan guru itu sendiri, sudah cukup untuk diriku berasa gementar. Gementar memikirkan cabaran dan dugaan yang akan aku pikul...cabaran untuk membentuk manusia yang betul2 menjadi manusia. Itu amat payah. Dalam cabaran itu, aku tetap masih boleh berbangga tatkala puluhan ribu memohon menjadi guru, nama aku terselit di sebalik nama orang2 yang beruntung. Kini masa semakin berlalu meninggalkan aku, di hadapan sana panggilan anak2 bangsa tidak sabar2 menunggu kehadiranku. Menunggu aku membawa sejuta harapan membentuk mereka menjadi insan hebat yang mampu menggegar dunia. Aku berterima kasih kepada guru2ku yang telah memanusiakan aku selama ini. Kini, aku akan menyambung jejak2 perjuangan yang telah kalian tinggalkan...jejak2 ini jelas dipenuhi onak ranjau yang bukan sedikit...tetapi akan aku kuatkan iltizam seperti kalian...agar kelak aku bangga menjadi seorang yang bernama GURU.

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•7:06 PM


Aku Kini Bergelar Blogger...Dunia blogger kini semakin mendapat tempat dalam dunia siber. Di Malaysia, kita dapat melihat jutaan blog menghiasi laman-laman maya...


Aku berasa terpanggil untuk turut bergelar blogger...Terima kasih aku tujukan kepada sahabatku, Jailani yang banyak mengajar aku untuk membuat blog. Blog yang aku bina ini bukan tujuan bermegah2, tapi sekadar merakamkan perjalanan hidup aku sebagai seorang insan yang hidup di muka bumi Allah ini. Aku harap juga kepada rakan2 blogger yang lain dapat menunjuk ajar sebab aku baru berjinak2 dengan dunia blogger nie...

Baca Selanjutnya..