Selamat datang ke laman blog G.U.R.U. Blog ini adalah hasil usaha aleff bin ab. ghani...Blog ini masih dalam pembinaan...Semoga kita mendapat manfaat bersama...Insya Allah.
Author: aleff
•7:28 AM



Hanya Minit
(nukilan aleff ab. ghani,15 Mei, 7.29am)

Seringkali, diriku, dirimu dan sesiapa pun yang bernama manusia akan pasti terleka…
Terleka, terlalai, tercuai, terculas, terlupa,
Terlupa akan alunan cinta Allah, terlupa akan irama cinta Nabi,
Ya, kita sering terlupa apabila dibuai mimpi hedonisme, kuasa, kawan-kawan, harta, kemewahan, seronok didendang duniawi hingga alpa nasib diri yang hina dina ini apabila menghadap Allah….
Ayuh! Bangunlah dari mimpi boneka indah!
Aku mengajak, menyeru nafsuku dan nafsu kalian,
Ayuh luangkan 1 minit kita untuk termenung,




Termenung mengenangkan bilakah ajal maut menjelang tiba,
Husnul khatimah, su’ul khatimah mana satu pilihan kita,
Mari bersama mencari roh taubat menjelang sakaratul maut…
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk muhasabah,
Muhasabah, azab apa yang akan kita terima di Barzakh,
Ular-ular, kala jengking mana yang akan kita musuhi,
Itu semua bisa berubah! Berubah dari azab diganti nikmat,
Asal kita segera mencari sejadah keinsafan,
Keinsafan yang membuka lembaran senyuman Munkar Nakir….
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk berfikrah,
Fikir-fikir di manakah kita di Padang Mahsyar?
Adakah payungan Allah sudi memayungi kita ?
Adakah matahari sejengkal bisa menjadi sehasta ?
Adakah mampu tangan kanan mengemis kitab amal ?
Sekali lagi dunia ini penentu di Padang Mahsyar,
Marilah bersama kita membongkar kalimah suci…… !
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk termangu,
Termangu-mangu mengemis nasib di Al-Kautsar,
Mampukah kita mendekati air suci sesuci zam-zam itu ?
Layakkah kita meneguk walau setitik ?
Atau adakah dengan malunya kita dihalau diusir ?
Diusir daripada barakah Rasulullah,
Ayuh, kita terokai cinta Nabi agar bisa meneguk air di Kautsar….
Ayuh ! isikan 1 minit masamu untuk bertafakur,
Bertafakur untuk melepas rindu kepada Rasulullah,
Agar kelak baginda mengakui kita sebagai umatnya,
Agar esok terukir senyuman manis semanis madu untuk kita,
Kita umatnya, kita umatnya, kita umatnya,
Mengharapkan mahar indah syafa’atul kubra……
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk menadah tangan,
Tangan yang hina dan dhaif penuh noda hitam,
Mengemis sehelai sutera simpati,
Simpati Ilahi untuk kita menjejak kaki,
Menjejak kaki atas titian Sirath,
Moga kaki teguh berdiri menyeberangi meniti Syurga,
Moga bibir Nabi dibasahi Allahumma Sallim Sallim,
Istimewa untukku dan untukmu…..
Ayuh ! Luangkan 1 minit untuk kita menangis,
Menangis berair mata memohon taubat nasuha,
Taubat nasuha diterima Allah mensuci segenap dosa,
Ayuh kita menangis merintih pengharaman Neraka,
Ayuh menangis mengemis kerinduan Malaikat Ridhuan,
Yang setia menunggu kita di muka Syurga…..
Ayuh ! Luangkan 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 tahun,
selama-lamanya untuk kita merentangkan muhasabah,
fikrah, termangu, bertafakur, menadah tangan dan menangis,
Kerana Syurga belum tentu menyediakan tempat untuk kita,
Kerana belum pasti redha Allah ingin menyinggahi hati,
Kerana belum, belum pasti dan belum tentu,
Secebis rahmat Allah layak untuk kita…….

This entry was posted on 7:28 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On May 15, 2009 at 9:27 AM , H.R PuTeRa YuSoFF said...

hidup kita dimulakan dgn azan..
kematian diikuti dengan solat.
begitu singkat antara solat dan azan...

rabbila taqilni ila ghairik ila nafsik ha ajistu anha ila radhi nguni

 
On July 7, 2020 at 7:51 PM , SharePoint migration said...

Its been long from the release of the migration tool V1. But, still, now the tool is not at all comparable to other tools in the market. it`s better to select tool wisely to do hassle-free migrations which boost our productivity too... give a try SharePoint Migration Tool
The blog is quite precise and informative. We are also among the top migrators in the market and it would be great if you review our tool too.