Selamat datang ke laman blog G.U.R.U. Blog ini adalah hasil usaha aleff bin ab. ghani...Blog ini masih dalam pembinaan...Semoga kita mendapat manfaat bersama...Insya Allah.
Author: aleff
•10:39 PM


Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,

"Kami menawarkan 2 program disini... RM 50 untuk versi 'biasa' dan RM100 untuk versi 'cepat'."

Mamat tu pon berkata, " Saya ingat yang biasalah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."

Ok, Encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.



Perempuan tadi berkata," kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM 50 tadi" katanya seoarng diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.

"Baiklah, Encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata " Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•11:07 PM


Assalamualaikum buat yg setia...lama rasanye aku tak update blog nie..mintk maaf sngt2 sbb 2-3 hari ni aku ade problem...yg mlibatkan hati n perasaan...tp xpa2, lupekan 2 semua...buat semua pmbaca aku hidangkan himpunan mutiara kata yg indah untuk direnungi bersama2...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•8:19 PM

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•7:28 AM



Hanya Minit
(nukilan aleff ab. ghani,15 Mei, 7.29am)

Seringkali, diriku, dirimu dan sesiapa pun yang bernama manusia akan pasti terleka…
Terleka, terlalai, tercuai, terculas, terlupa,
Terlupa akan alunan cinta Allah, terlupa akan irama cinta Nabi,
Ya, kita sering terlupa apabila dibuai mimpi hedonisme, kuasa, kawan-kawan, harta, kemewahan, seronok didendang duniawi hingga alpa nasib diri yang hina dina ini apabila menghadap Allah….
Ayuh! Bangunlah dari mimpi boneka indah!
Aku mengajak, menyeru nafsuku dan nafsu kalian,
Ayuh luangkan 1 minit kita untuk termenung,




Termenung mengenangkan bilakah ajal maut menjelang tiba,
Husnul khatimah, su’ul khatimah mana satu pilihan kita,
Mari bersama mencari roh taubat menjelang sakaratul maut…
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk muhasabah,
Muhasabah, azab apa yang akan kita terima di Barzakh,
Ular-ular, kala jengking mana yang akan kita musuhi,
Itu semua bisa berubah! Berubah dari azab diganti nikmat,
Asal kita segera mencari sejadah keinsafan,
Keinsafan yang membuka lembaran senyuman Munkar Nakir….
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk berfikrah,
Fikir-fikir di manakah kita di Padang Mahsyar?
Adakah payungan Allah sudi memayungi kita ?
Adakah matahari sejengkal bisa menjadi sehasta ?
Adakah mampu tangan kanan mengemis kitab amal ?
Sekali lagi dunia ini penentu di Padang Mahsyar,
Marilah bersama kita membongkar kalimah suci…… !
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk termangu,
Termangu-mangu mengemis nasib di Al-Kautsar,
Mampukah kita mendekati air suci sesuci zam-zam itu ?
Layakkah kita meneguk walau setitik ?
Atau adakah dengan malunya kita dihalau diusir ?
Diusir daripada barakah Rasulullah,
Ayuh, kita terokai cinta Nabi agar bisa meneguk air di Kautsar….
Ayuh ! isikan 1 minit masamu untuk bertafakur,
Bertafakur untuk melepas rindu kepada Rasulullah,
Agar kelak baginda mengakui kita sebagai umatnya,
Agar esok terukir senyuman manis semanis madu untuk kita,
Kita umatnya, kita umatnya, kita umatnya,
Mengharapkan mahar indah syafa’atul kubra……
Ayuh ! Luangkan 1 minit kita untuk menadah tangan,
Tangan yang hina dan dhaif penuh noda hitam,
Mengemis sehelai sutera simpati,
Simpati Ilahi untuk kita menjejak kaki,
Menjejak kaki atas titian Sirath,
Moga kaki teguh berdiri menyeberangi meniti Syurga,
Moga bibir Nabi dibasahi Allahumma Sallim Sallim,
Istimewa untukku dan untukmu…..
Ayuh ! Luangkan 1 minit untuk kita menangis,
Menangis berair mata memohon taubat nasuha,
Taubat nasuha diterima Allah mensuci segenap dosa,
Ayuh kita menangis merintih pengharaman Neraka,
Ayuh menangis mengemis kerinduan Malaikat Ridhuan,
Yang setia menunggu kita di muka Syurga…..
Ayuh ! Luangkan 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 tahun,
selama-lamanya untuk kita merentangkan muhasabah,
fikrah, termangu, bertafakur, menadah tangan dan menangis,
Kerana Syurga belum tentu menyediakan tempat untuk kita,
Kerana belum pasti redha Allah ingin menyinggahi hati,
Kerana belum, belum pasti dan belum tentu,
Secebis rahmat Allah layak untuk kita…….

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•6:59 PM




30hb april lepas bdk2 junior mktb mizan wat sukaneka tradisi...mmg stiap thun bdk2 junior yg bwh skali akn wat sukaneka...x silap aku dh 4 thun kami wat bnda nie...mmg best giler...tngok gelagat kwn2 aku...nie smua aku abadikn kt blog aku...special 4 u all...bdk mktb mizan...

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•12:46 PM


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia
pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir
, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

credit 4 www.familiazam.com

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•10:28 AM

Kepada suami2 yg nk tambah cawangan, eloklah buat surat rasmi hntr kat isteri tua...tak tau nk tulis surat...ha, cmni ni...biar aku ajarkan. surat ni aku blajar dr pak cik aku...dia dh kawin 4 skrg..gune surat nie je pun...

Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 Ogos 2043

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Bakal Isteri binti Cik Bakal Pak Mentua yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.



3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.

BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•11:25 PM

Talqin 13 Mei : Nukilan aleff ab. ghani (13 Mei 2009, 12:12am)

Jika putaran masa dan takdir bisa dipanggil menghadapku,
Akan kulenyapkan tinta hitam yang mencemar bangsaku,
Akan kuhilangkan sedu tangis bangsaku,
Akan kukuburkan petualang bangsa ke pusara,
Akan kuhidupkan bara perjuangan nenek moyang...



Lipatan sejarah yang suram itu masih segar bermain di mimpiku,
Melenyapkan bunga-bunga indah sisa kehidupan dek malu yang tidak bernoktah,
Kepala bangsaku dipijak lumat...Mulut bangsaku disumbat...Kaki dan tangan bangsaku diikat,
Hingga bangsaku tunduk melayu menyembah bangsa yang berkarat...

Ah...bangsaku tidak gentar, bangsaku tidak longgar, bangsaku tidak sekali-kali meloyar...
Cuma bangsaku ini santun budinya...murah hatinya...simpati hatinya...lapang dadanya...,
Bangsaku tidak sanggup menyembelih pertiwi sebagai korban yang tidak berkat...,
Rela bangsaku dibisukan mulutnya, digari tangannya, dilokap tubuhnya, dijerut tengkuknya...
Namun untuk menggadai watan pantang maut sebelum ajal...

Ayuh bangunlah bangsaku, bangkitlah membawa obor suci..,
Obor yang diarak dengan bara perjuangan yang abadi..,
Perjuangan yang belum selesai sentiasa menanti..,
Menanti pejuang yang rela meredah api demi pertiwi...

Bangsaku bukannya mudah lupa akan arang yang pernah menconteng..,
Bangsaku kuat, bangsaku liat, bangsaku bersiaga untuk menyiat..,
Menyiat petualang yang merobek daulat suci bangsaku..,
Meratah rakus pengkhianat yang mencemar keramat bangsaku..,

13 Mei akan tetap bersejarah..,
13 Mei akan tetap berdarah...

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•1:11 PM


Manusia Melayu terkaya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Mei 2009 sempena ulang tahun ke-63 UMNO...aku yang ditakdirkan berdarah Melayu amat takjub dengan pencapaian beliau...lebih2 lagi beliau menikmati kekayaan dengan pedoman Ilahi...keperibadian dan akhlak yg tinggi terpancar menerusi gaya tutur serta sinar wajahnya..susah payah yang ditanggung semasa kecil nyata telah dibayar dengan limpahan harta yang berbilion ringgit...oleh itu, aku nak ajak korang semua hayati prinsip hidup untuk kite jadikan pedoman bersma2...jom tengok...


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.


2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.


3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.


4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.


6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.


7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.


8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.


9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.


10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.


13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.


14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !


16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.


18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.


19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.


21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.


22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).


23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.


24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.


25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


(sabahan.net)

Baca Selanjutnya..
Author: aleff
•12:20 PM

Dalam sebuah pertunjukan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar" jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Baca Selanjutnya..